ilmukahwin

Monday, January 08, 2007

makanan untuk kesihatan sex

Tiram adalah makanan yang utama dalam kumpulan makanan ini. Ia kaya dengan zink, zat galian perlu bagi penghasilan cecair faraj dan hormon testosteron.

Coklat merupakan pilihan popular dan diminati dalam meningkatkan keinginan seks. Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan edaran darah dan kandungan enderphins, kimia yang membuat �rasa gembira� yang meningkatkan daya seks. Coklat juga mengandungi serotonin iaitu kimia semula jadi yang menenangkan fikiran dan berfikiran positif.

Koko dalam coklat turut mengandungi methylxanthines yang bertindak meningkatkan sensitif tubuh. Kulit akan menjadi lebih sensitif kepada sentuhan walaupun ia dilakukan dengan lembut. Satu lagi kimia dalam coklat adalah phenythlylamine. Kimia semula jadi ini akan membuat anda yang makan coklat sedikit khayal umpama dilamun cinta.

Selain coklat dan tiram ada beberapa lagi makanan yang boleh dianggap sebagai aphrodisiac. Bawang putih misalnya, ia dikatakan boleh memekatkan air mani lelaki. Air mani yang pekat dan banyak boleh meningkatkan labido lelaki sewaktu klimaks. Bawang putih juga dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin. �Panas� bawang putih dikatakan dapat menaikkan keinginan seks bagi lelaki dan wanita.

Cili yang kaya dengan vitamin C dikatakan dapat melancarkan edaran darah yang dapat membantu dalam hubungan seks. Edaran darah yang baik penting dalam mengekalkan rangsangan seks lelaki dan wanita. Darah yang dipam dengan baik ke bahagian seksual dan akan menyebabkan batang menegang bagi lelaki dan wanita menjadi berahi. Namun begitu, makanlah pedas awal supaya pedas di mulut dapat hilang.

Berita baik untuk lelaki. Cili dikatakan dapat mengurangkan risiko barah prostat.

Terdapat beberapa lagi makanan yang dikatakan sebagai makanan aphrodisiac. Antaranya ialah lobak merah, pisang, kacang basil, almond, avacado, asparagus, madu, nanas, strawberi dan rasberi.

Bagi mengekalkan rangsangan seks, penjagaan kesihatan itu penting. Alat kelamin lelaki dan wanita perlukan khasiat yang secukupnya. Pastikan anda amalkan lima hidangan sayuran dan buah-buahan dan kurangkan pengambilan gula dan garam. Senaman yang selalu dan minum air kosong secukupnya.

Ambil makanan tambahan seperti multivitamin, zink, vitamin C dan B Kompleks dan beberapa herba yang dapat meningkatkan aliran darah dan paras testosteron. Antara yang telah dikenal pasti dapat meningkatkan rangsangan syahwat adalah epemedium, tongkat ali, tribulus dan maca.

Yang penting dapatkan nasihat doktor kepada sebarang permasalahan kesihatan anda. Artikel ini adalah untuk pengetahuan am sahaja.