ilmukahwin

Monday, January 08, 2007

senaman sex utk abg

Senaman Seks Untuk Lelaki
Di Internet http://kamasutra.wanita.us/

satu kajian telah mendapati senaman otot pelvik dapat membantu lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk. Senaman ini juga diketahui mampu membantu mereka yang menghadapi masalah cepat diranjang kerana tidak dapat menahan mani.

Senaman ini dilakukan umpama anda menahan kentut. Otot yang terasa adalah pada bahagian pelvik berhampiran dengan dubur. Sewaktu melakukan seperti menahan kentut pastikan tidak mengerakkan bahagian otot lain seperti otot perut dan otot peha.

Cara senaman adalah dengan tahan selama tiga saat dan lepas. Lakukan sebanyak sepuluh ke lima belas kali.

Senaman perlu dilakukan pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Contohnya waktu pagi senaman ini dengan cara baring selepas bangun tidur. Waktu tengah hari lakukan senaman ini dengan cara duduk dam waktu malam lakukan dengan cara berdiri.

Senaman ini perlu dilakukan dengan tetap dan berterusan. Kesannya hanya akan dirasa 3 ke 4 minggu senaman dilakukan dengan tetap dan berterusan dan teruskan senaman tanpa berhenti.

Satu lagi petua dari buku permata yang hilang. Setiap kali bangun pagi. Apabila buang air kencing. Cuba keluarkan sedikit dan kemudian tahan untuk sepuluh saat. Bagi yang baru mula lakukan ia mungkin menimbulkan kesakitan namun lama kelamaan ia akan hilang.

Lakukan sehingga boleh menahan 10 saat tanpa rasa sakit dan anda mungkin mengambil masa berminggu untuk mencapai tahap tersebut.

Kebanyakan lelaki akan mendapat faedah daripada senaman ini.
Senaman Untuk Lelaki
Senaman ini bukan sekadar bertujuan untuk melambat pancutan air mani, malah bagi yang menghadapi masalah mati pucuk atau cepat.

Senaman ini dilakukan dengan cara mengemutkan otot pelvik. Untuk mengetahui di mana otot pelvik,dengan berbaring, cuba lakukan perbuatan menahan kentut. Rasa kemutan sepatutnya lebih terasa di bahagian dubur. Elakkan daripada menggerakkan otot perut, kaki dan punggung. Tumpuan otot pada bahagian pelvik.

Apabila mengetahui di mana otot pelvik berada, masa untuk melakukan senaman ini pula. Ia dilakukan dengan menahan, kira satu saat, dua saat dan tiga saat dan kemudian lepaskan. Ia perlu diselang selikan dengan menahan kiraan yang lebih lama. Sebagai contoh menahan dengan kiraan satu hingga lima saat. Selang selikan kiraan pendek dan kiraan panjang. Buatlah latihan sehingga mampu menahan pendek 5 saat dan menahan panjang 10 saat.

Senaman tahan dan lepas serta pendek dan panjang dilakukan 30 hingga 40 sehari. Bahagikan kepada 3 masa latihan dan setiap satu 10 ke 15 kali tahan dan lepas serta pendek dan panjang. Senaman ini boleh dilakukan pada waktu pagi, tengahari atau malam. Setiap satu dengan cara duduk, berdiri atau baring. Jika baru mula senaman ini, lakukan dahulu dengan cara baring. Setelah agak mahir barulah dengan posisi yang lain mengikut keselesaan.


'Just relax your abdominal muscles, breathe slowly, and stay consciou